DUNIA > BERITA

Malaysia, Pakistan Teroka Peluang Pelaburan Sebelum Lawatan PM Shehbaz

26/09/2025 12:43 AM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Pakistan meneroka peluang baharu bagi memperluas hubungan perniagaan dan pelaburan dalam pertemuan antara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan dan Menteri Pelaburan Pakistan Qaiser Ahmed Sheikh pada Khamis.

Menurut hantaran di Facebook Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, kedua-dua pihak mengadakan “perbincangan konstruktif mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif ke Malaysia” yang dijadualkan bulan depan.

“Pertemuan itu turut memberi peluang untuk meneroka bidang baharu dalam meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

“Kedua-dua pihak mengulangi komitmen untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan bersetuju meneruskan usaha memudah cara dialog antara komuniti perniagaan di Malaysia dan Pakistan,” menurut kenyataan itu.

Mereka juga membincangkan persiapan berterusan menjelang lawatan Shehbaz dan yakin kunjungan itu akan memperdalam lagi hubungan dua hala Malaysia-Pakistan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan