KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2025 turun 15.5 mata kepada 1,495.50.0, Julai 2025 susut 16.5 mata kepada 1,491.0, manakala September 2025 dan Disember 2025 berkurangan 16.0 mata masing-masing kepada 1,474.0 dan 1,478.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 6,156 lot daripada 4,410 lot pada hari Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 41,883 kontrak daripada 39,977.
Pada 5 petang, FBM KLCI turun 0.69 peratus, atau 10.51 mata kepada 1,501.44 berbanding 1,511.95 sebelumnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial