Pekerja Ladang Ditemukan Lemas Di Sungai Aring

19/06/2025 11:01 PM

KOTA BHARU, 19 Jun (Bernama) -- Seorang pekerja ladang ditemukan lemas hari ini, selepas dikatakan terjun ke dalam Sungai Aring 2, Gua Musang pada Selasa lepas. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata mayat Mohd Kaswadi Ahmad, 42, ditemukan pada 12.20 tengah hari, kira-kira satu kilometer dari tempat terakhir lelaki itu dilihat. 

Mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. 

Sebelum ini, Mohd Kaswadi dilaporkan tidak timbul ke permukaan selepas terjun ke dalam sungai itu pada 9.21 malam Selasa. 

Bomba dimaklumkan kejadian pada 8.34 pagi semalam. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mayat Mohd Kaswadi ditemukan kira-kira satu kilometer (km) dari lokasi kejadian. 

Beliau berkata mayat mangsa yang hilang hampir 40 jam itu ditemukan tersangkut pada ranting dahan pokok di dalam sungai oleh anggota penyelamat pada 12.20 tengah hari tadi.

“Operasi mencari dan menyelamat turut mendapat khidmat Unit Pengesan K9 dengan pencarian melibatkan jarak kira-kira 4 km dari tempat kejadian pada hari pertama operasi. 

“SAR telah digerakkan kira-kira 9 pagi semalam dengan kekuatan lapan anggota polis bersama 19 anggota bomba melibatkan lima jentera termasuk dua buah bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan