PASARAN > BERITA

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

09/06/2025 06:21 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur di tengah-tengah momentum penurunan pasaran niaga hadapan getah Jepun, kata peniaga.

Katanya, sentimen pasaran meningkat oleh keyakinan terhadap rundingan perdagangan peringkat tertinggi antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang dijangka berlangsung lewat hari ini, selain laporan pekerjaan AS yang semakin mengukuh yang dikeluarkan pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan selanjutnya dihadkan oleh kemerosotan harga minyak mentah penanda aras dan data ekonomi China yang lemah di tengah-tengah ketidaktentuan daripada perang tarif serta dasar perdagangan AS.

Katanya, pertumbuhan eksport China yang jatuh ke paras terendah dalam tiga bulan pada Mei apabila tarif AS menjejaskan penghantaran, manakala penurunan harga di kilang bertambah buruk kepada paras terendah dua tahun, menambah tekanan di dalam dan luar negara.

“Deflasi yang dihadapi pengeluar di China bertambah buruk kepada 3.3 peratus pada Mei, paling tinggi dalam tempoh hampir dua tahun, manakala harga pengguna turut susut di tengah-tengah ketegangan perdagangan dan kemerosotan perumahan,” katanya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 4.0 sen kepada 695.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurang 6.0 sen kepada 595.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan