PASARAN > BERITA

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

16/06/2025 07:46 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) --  Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, seiring dengan peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Harga minyak yang tidak menentu pada Isnin selepas melonjak sebanyak 7 peratus pada Jumaat lepas, susulan serangan baharu oleh Israel dan Iran pada hujung minggu meningkatkan kebimbangan bahawa perang (antara kedua-dua negara) boleh merebak ke seluruh rantau itu dan secara ketara menjejaskan eksport minyak dari Asia Barat,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan seterusnya dihadkan oleh kebimbangan terhadap rundingan perdagangan antara AS dan China serta jangkaan data ekonomi China yang lebih lemah, di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 5.0 sen kepada 708.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 2.5 sen kepada 581.50.00 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan