Oleh Abdul Hamid A Rahman and K Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh aliran penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan Jepun menamatkan lonjakan empat hari berturut-turut hari ini, apabila permintaan untuk bahan pembuatan tayar semakin lemah di negara pengguna utama iaitu China.
Katanya, sentimen pasaran turut terjejas dengan ketegangan geopolitik yang berterusan di Eropah dan Asia Barat.
“Pegawai kanan Amerika Syarikat bersiap sedia untuk kemungkinan berlakunya serangan ke atas Iran menjelang akhir minggu ini, walaupun keadaannya masih tidak jelas,” kata peniaga itu.
Bagaimanapun, beliau berkata penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot kepada 5.5 sen kepada 710.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 2.5 sen kepada 589.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial