PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA TINGGI PADA TENGAH HARI, SEJAJAR DENGAN BURSA SERANTAU

26/04/2024 02:08 PM

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dapat mengekalkan prestasi positif sebelum mengakhiri sesi dagangan pagi pada Jumaat, sejajar dengan keadaan pergerakan di bursa serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.61 mata atau 0.29 peratus kepada 1,573.86 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras dibuka 1.58 mata lebih rendah kepada 1,567.67 dan bergerak di antara 1,566.34 dengan 1,574.43 sepanjang dagangan sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 466 berbanding 458, manakala 443 kaunter tidak berubah, 1,006 kaunter tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.26 bilion unit bernilai RM1.47 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan aktiviti pengambilan untung berlanjutan di peringkat tempatan dan boleh mengehadkan peluang kenaikan sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat.

“Namun begitu, kami kekal positif susulan Sidang Kemuncak KL20 2024, ditambah pula dengan pengumuman akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang boleh memberikan rangsangan untuk aktiviti penggunaan pada masa hadapan,” tambahnya dalam nota penyelidikan.

Firma pembrokeran itu menambah bahawa Sidang Kemuncak KL20 2024 adalah pemangkin baharu untuk pelabur menyertai sektor teknologi kerana ia mungkin menjadikan Malaysia sebagai kuasa besar cip untuk rantau Asia Tenggara.

“Selain itu, kami cenderung memilih segmen pembinaan, hartanah, utiliti, solar dan bahan binaan susulan penyambungan semula projek infrastruktur mega dan beberapa laporan mengenai Forest City, serta permintaan yang lebih kukuh terhadap tenaga boleh baharu di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR)," tambahnya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank menambah 2.0 sen kepada RM9.80, Tenaga Nasional naik 6.0 sen kepada RM11.92, IHH Healthcare meningkat 1.0 sen kepada RM6.26 manakala Public Bank dan CIMB masing-masing susut 2.0 sen kepada RM4.21 dan RM6.66.

Bagi sahan aktif, My E.G. melonjak 11.0 sen kepada 92 sen, ATA IMS menokok 2.0 sen kepada 30.5 sen, Dataprep Holdings menambah 1.5 sen kepada 14 sen manakala BSL Corporation dan Hong Seng Consolidated masing-masing tidak berubah pada 3.0 sen dan 1.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 37.18 mata kepada 11,818.16; Indeks FBM 70 melonjak 70.88 mata kepada 16,426.18; Indeks FBMT 100 naik 37.70 mata kepada 11,456.17; Indeks FBM Emas Syariah menambah 39.57 mata kepada 11,990.94 dan Indeks FBM ACE naik 9.59 mata kepada 5,024.60.

Mengikuit sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.81 mata kepada 187.37; Indeks Tenaga menokok 1.36 mata kepada 972.76; Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 31.53 mata kepada 17,332.42 dan Indeks Perladangan susut 32.21 mata kepada 7,393.84.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan