KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, mencerminkan prestasi kukuh pasaran tunai.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024, September 2024 dan Disember 2024 masing-masing naik 5.0 mata kepada 1,599.0, 1,588.0, dan 1,592.5, manakala Jun 2024 menokok 4.5 mata kepada 1,599.5.
Jumlah dagangan meningkat kepada 7,553 lot daripada 7,543 pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 51,291 kontrak daripada 50,900 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.49 peratus atau 7.80 mata kepada 1,597.39, naik daripada1,589.59 ketika ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial