PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

06/05/2024 08:31 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan data Senarai Gaji Bukan Ladang Amerika Syarikat (NFP) lebih rendah daripada jangkaan yang dikeluarkan pada Jumaat minggu lepas.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 meningkat kepada US$2,329.0 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,311.0 pada Jumaat minggu lepas.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,339.60 setiap auns troy berbanding US$2,322.60 pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan menokok kepada 12 lot daripada tiga lot manakala kepentingan terbuka naik kepada 30 kontrak daripada 22 kontrak sebelum ini. 

Menurut London Bullion Market Association pada 3 Mei, harga emas fizikal berada pada US$2,294.45 setiap auns troy. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan