KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Polis sedang mengesan pemandu Perodua Kembara yang melarikan diri selepas disyaki memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Persekutuan di sini pada 20 Jun.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesan kejadian itu menerusi satu rakaman video tular di media sosial, semalam.
Beliau berkata dalam kejadian pada 6.10 petang, kenderaan itu dipercayai dipandu warga tempatan berusia 59 tahun dari arah Shah Alam menghala ke ibu negara.
“Kenderaan itu dipandu secara berbahaya sebelum berlaku perlanggaran dengan sebuah kereta dan motosikal sehingga menyebabkan penunggang motosikal cedera ringan dan dibawa ke hospital bagi rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shamsudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Sarjan M. Kumaran menerusi talian 03-79662222 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial