KUANTAN, 9 Mei (Bernama) -- Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah yang dijadual berlangsung dari Isnin hingga Rabu ini.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata Tengku Hassanal dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira 1 tengah hari Isnin ini sebelum mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bagi bertukar pandangan dan idea.
Beliau berkata menerusi ekspedisi berkenaan, Tengku Hassanal turut dijadual mendaki Gunung Kinabalu pada Selasa dengan diiringi pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU), selain pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Ekspedisi Mahkota Borneo ini mencerminkan semangat kepimpinan, ketahanan fizikal dan disiplin tinggi yang sentiasa diterapkan Tuanku dalam kalangan generasi muda serta pasukan keselamatan negara,” katanya menerusi kenyataan media malam ini.
Mohamed Zahari berkata ekspedisi itu juga diyakini mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara Pahang dengan Sabah, selain menyemarakkan semangat perpaduan serta patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial