POLITIK

ZAHID NAFI TAWAR INDIVIDU JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG PARTI PADA PEMILIHAN UMNO 2018

10/05/2024 05:29 PM

KOTA KINABALU, 10 Mei (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan dakwaan, kononnya beliau menawarkan jawatan Setiausaha Agung parti kepada seorang individu sekiranya individu itu menyokongnya sebagai Presiden UMNO, pada pemilihan parti 2018.

Ahmad Zahid berkata dakwaan yang ditimbulkan oleh individu itu, yang kini merupakan seorang pemimpin pembangkang serta dijadikan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, adalah tidak benar.

“...saya nasihatkan dia bertaubat cepat-cepat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB) di sini hari ini, tanpa menyebut secara spesifik nama individu berkenaan.

Pada pemilihan UMNO pada tahun 2018, perebutan jawatan presiden adalah di antara Ahmad Zahid, Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan