JENAYAH & MAHKAMAH

PENGURUS BESAR SEBUAH AGENSI KERAJAAN ANTARA TIGA DITAHAN DI KELANTAN - SPRM

05/05/2024 11:48 PM

KOTA BHARU, 5 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan tiga pegawai kanan agensi kerajaan termasuk seorang pengurus besar yang disyaki terlibat dengan rasuah malam ini.

Menurut sumber ketiga-tiga pegawai, masing-masing berumur 40, 47 dan 49 tahun itu ditahan selepas keterangan mereka diambil di Pejabat SPRM di sini antara 7.15 dan 8 malam ini.

Beliau berkata mereka ditahan bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu meminta dan menerima rasuah.

Sementara itu Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pegawai berkenaan.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pagi esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan