AM

Isu Telaga Jejari: Kerajaan Kelantan Beri Kerjasama Penuh Kepada Sprm

16/05/2024 10:51 AM

KOTA BHARU, 16 Mei (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes rasuah dan seleweng pembinaan telaga jejari yang tidak berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.

“Saya menyerahkan kes berkenaan kepada SPRM untuk menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kerajaan Kelantan juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Dr Izani Husin berkata SPRM harus menyiasat kes berkenaan secara profesional dan telus.

Semalam, SPRM menahan empat individu lelaki termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air di Kelantan bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan telaga jejari yang gagal berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk.

Kesemua mereka yang berusia antara 40 hingga 60-an itu ditahan secara berasingan di sini, antara 7 hingga 10 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan