AM

KONTRAK AZAM BAKI DISAMBUNG SETAHUN LAGI

10/05/2024 06:52 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun berkuat kuasa Ahad ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei 2024,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata pelantikan itu dibuat selaras subseksyen dengan 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694].

Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Beebi Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, tempoh perkhidmatan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilanjutkan selama setahun pada 2023 dan akan tamat pada 12 Mei depan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan