AM

PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP PAIP: JKKP P. PINANG KELUAR NOTIS PEMBERHENTIAN KERJA PEMUNGGAHAN

05/05/2024 10:51 AM

BUKIT MERTAJAM, 5 Mei (Bernama) -- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan notis pemberhentian kerja memuatkan dan memunggah paip di sebuah kilang di Simpang Ampat dekat sini pada Khamis lepas selepas insiden seorang pemandu lori maut dihempap paip tersebut.

Pengarah berkenaan Hairozie Asri berkata pihaknya juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan bagi dibentangkan kepada JKKP Pulau Pinang.

Beliau berkata pihaknya turut menjalankan siasatan selepas menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan lelaki berusia 60 tahun berkenaan yang dihempap enam ikat hollow pipe dengan berat melebihi 5,000 kilogram pada 29 April lepas.

"Mangsa merupakan pemandu lori di kilang itu dan dia telah pergi ke gudang penyimpanan rasuk dan hollow pipe selepas makan di kantin sebelum dihempap paip-paip tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JKKP Pulau Pinang akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan saksi selain mengadakan lawatan susulan selepas tindakan penambahbaikan diambil kilang tersebut.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan