AM

TAM SEDIA BANTU TARIK MINAT GOLONGAN MUDA CEBURI TVET, STEM

27/04/2024 11:26 PM

MELAKA, 27 April (Bernama) -- Persatuan Teknologi Malaysia (TAM) sedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menarik minat lebih ramai golongan muda menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Presiden berkenaan Tung Chee Kuan berkata TAM sebagai persatuan awam teknikal tertua di Malaysia sedia memainkan peranan mempromosi bidang itu bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional dan graduan yang memenuhi keperluan industri.

Beliau berkata ia juga bagi membantu mengatasi masalah kekurangan pelajar dalam bidang TVET dan STEM pada masa ini.

"Sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang mencatatkan hampir 10,000 ahli teknologis daripada pelbagai kategori, TAM akan berusaha memainkan peranan supaya minat pelajar ke dalam bidang tersebut dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Persidangan Teknologi Lestari dan Inovasi Ke Arah Masa Depan yang disempurnakan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka Datuk Zulkifli Mohd Zin.

Dalam pada itu Zulkifli dalam ucapannya berkata kerajaan negeri menyokong penuh langkah agresif TAM dalam mempromosi kemajuan teknologi antaranya melalui bengkel, seminar, lawatan tapak dan penerbitan jurnal.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan