DUNIA

CUCU PEMIMPIN HAMAS YANG CEDERA DALAM SERANGAN ISRAEL MENINGGAL DUNIA

16/04/2024 08:13 AM

ISTANBUL, 15 April (Bernama-Anadolu) -- Malak Haniyeh, cucu perempuan kepada pemimpin Hamas Ismail Haniyeh meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan dalam serangan Israel yang mengorbankan ahli keluarganya yang lain pada hari pertama Aidilfitri, sumber perubatan memberitahu Agensi Anadolu. 

Tiga anak lelaki Ismail dan beberapa cucunya maut pada Rabu lepas dalam satu serangan udara Israel di sebuah kem pelarian di barat Bandaraya Gaza. 

Serangan udara Israel itu menyasarkan sebuah kereta membawa keluarga Ismail di Kem Pelarian Al-Shati semasa mereka mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada penghuni kem berkenaan  sempena perayaan itu, saksi memberitahu Anadolu. 

Sumber perubatan memberitahu Anadolu bahawa serangan udara itu meragut nyawa tiga anak lelaki Ismail --  Hazem, Amir, dan Mohammed -- selain daripada beberapa orang anak mereka dan mencederakan yang lain. 

Israel telah melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, membunuh lebih daripada 33,700 warga Palestin dan mencederakan 76,400 orang selain daripada kemusnahan kediaman dan infrastruktur pada skala besar dan mengakibatkan kekurangan bekalan keperluan. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan