AM

Keharmonian Tonggak Kekuatan Sarawak - Abang Johari

09/04/2024 08:55 PM

KUCHING, 9 April (Bernama) -- Keharmonian yang terjalin di Bumi Kenyalang merupakan tonggak kekuatan untuk menjadikan Sarawak sebuah wilayah yang aman dan makmur, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata tidak perlu terpengaruh dengan tindakan masyarakat di tempat lain, yang cenderung melihat kepada perbezaan agama dan kaum.

“Saya menyeru kepada saudara dan saudari untuk terus berusaha ke arah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kita yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan budaya di Bumi Kenyalang yang tercinta ini.

“Marilah kita bersama-sama berusaha ke arah penyatuan masyarakat dan mengelakkan perkara yang mendatangkan perpecahan,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2024 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata sambutan Aidilfitri merupakan kemenangan buat umat Islam, perlu disambut dengan rasa penuh kesyukuran dan keriangan.

“Bagi masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak, sudah menjadi kebiasaan bahawa hari yang penuh dengan kegembiraan ini, dikongsikan dengan kaum-kaum lain dengan amalan kunjung-mengunjung sama seperti suasana pada Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Krismas atau Deepavali,” katanya. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan