TAIPEI, 28 Nov (Bernama) -- Taiwan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan terbuka bermula 1 Dis, umum Pusat Perintah Epidemik Pusat (CECC) pada Isnin.
Untuk kawasan tertutup pula, Agensi Berita Pusat (CNA) melaporkan pemakaian pelitup muka semasa menyanyi seperti di bar karaoke tidak lagi diwajibkan, menurut CECC.
CECC juga merancang untuk melonggarkan lagi peraturan pemakaian pelitup muka berdasarkan beberapa peringkat.
Turut ditarik balik ialah larangan melarang individu yang menghadiri jamuan untuk beramah mesra dengan para tetamu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial