DUNIA

Badan pemantau kesihatan EU gesa Eropah bersedia kemunculan varian baharu COVID-19

21/09/2022 11:55 AM

THE HAGUE, 21 Sept (Bernama) -- Agensi Perubatan Eropah (EMA) pada Selasa berkata meskipun kes COVID-19 di Eropah menurun, pandemik itu belum berakhir dan setiap negara harus bersedia berdepan  gelombang baharu jangkitan.

"Data menunjukkan sejak beberapa minggu lalu terdapat penurunan secara menyeluruh dalam jumlah kes dan kematian disebabkan COVID-19 di Eropah," kata Ketua Strategi Ancaman Kesihatan dan Vaksin EMA Marco Cavaleri pada sidang akhbar.

"Bagaimanapun, musim luruh semakin hampir, dan kita perlu bersedia untuk berdepan gelombang baharu jangkitan," katanya.

Menurut Cavaleri keadaan yang sama berlaku sejak dua tahun lalu, apabila gelombang baharu muncul pada musim luruh, dan trend itu mungkin akan kembali tahun ini, lapor Xinhua.

Cavaleri juga menekankan mengeni pentingnya untuk mengesan varian baharu coronavirus.

"Varian Omicron BA.5 masih merupakan varian dominan yang menular di Eropah," kata Cavaleri. "Kami masih perlu berwaspada terhadap varian lain. Sebagai contoh, BA.4.6 sedang merebak dengan cepat di Amerika Syarikat dan telah pun dikesan di Eropah. Selain itu, varian BA.2.75 juga membimbangkan."

Ketua Pegawai Perubatan EMA Steffen Thirstrup berkata berdasarkan pembentangan Cavaleri, Eropah masih dilanda wabak itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan