KUALA LUMPUR, 27 Jan -- Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd meningkat kepada RM808.22 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021, berbanding RM654.49 juta pada tahun kewangan 2020.
Pengendali pelabuhan itu berkata pembayaran insurans secara sekali disebabkan kerosakan kren dermaga (quay cranes) dan insiden dermaga dua tahun lalu - yang berjumlah RM73 juta - secara artifisialnya telah melonjakkan keuntungan pada tahun 2021.
“Sebaliknya, tidak termasuk perkara-perkara itu, keuntungan selepas cukai adalah kira-kira RM751 juta. Peningkatan keuntungan bersih antara 2020 dan 2021 adalah separuh kepada RM82 juta sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, hasilnya meningkat kepada RM2.02 bilion daripada RM1.97 bilion sebelum ini, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
“Segmen kontena menyumbang 88 peratus kepada hasil operasi dengan jumlah kendalian sebanyak 10.40 juta bersamaan dua puluh kaki (TEU),” tambahnya.
Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah menekankan meskipun dengan situasi ekonomi luaran dan cabaran rantaian bekalan, syarikat mencapai tahap keuntungan yang baik.
“Hujan lebat pada Disember 2021 menyebabkan banjir teruk di beberapa kawasan di Lembah Klang, tetapi tiada banjir di sekitar terminal. Semua peralatan operasi terminal dan kemudahan penting tidak terjejas.
“Bagaimanapun, kami akan terus berwaspada dan memastikan operasi terminal kekal tidak terjejas oleh peningkatan risiko kejadian cuaca luar biasa yang disebabkan oleh perubahan iklim,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial