SUKAN

Bapa ratu boling negara Shalin Zulkifli, meninggal dunia

09/12/2021 12:50 AM

KUALA LUMPUR, 8 Dis  -- Zulkifli Mohd Ali, 71, bapa kepada ratu boling negara Shalin Zulkifli, meninggal dunia dalam tidurnya petang tadi.

Shalin dalam hantarannya di akaun Facebooknya berkata tahap kesihatan bapanya itu, telah mula merosot sejak beliau terkena serangan strok pada 2015.

“Saya harap anda akan dapat memaafkan bapa saya atas apa-apa kesilapan atau kesalahan di sepanjang hidupnya selama 71 tahun. Sila maklumkan pada saya jika arwah ayah ada berhutang dengan sesiapa… Insya-Allah kami akan cuba untuk membayar setiap orang, supaya beliau boleh pergi dengan tenang.

“Maafkan saya jika saya tidak dapat menjawab kepada setiap dan semua orang, tetapi kami amat berterima kasih atas doa semuanya,” kata bekas juara dunia dua kali itu, di Facebooknya malam ini.

Shalin berkata, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara kira-kira jam 10.45 pagi esok, selepas disembahyangkan di Surau Mutiara Damansara.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan