DUNIA

UNHRC Lulus Draf Resolusi Disyor China Mengenai Hak Ekonomi, Sosial Dan Budaya 

07/10/2025 04:58 PM

GENEVA, 7 Okt (Bernama-CMG) -- Satu draf resolusi mengenai penggalakan dan perlindungan hak ekonomi, sosial dan budaya dalam konteks menangani ketidaksamaan, diterima tanpa undian pada sesi ke-60 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Isnin.

Draf resolusi itu dikemukakan oleh China bagi mewakili hampir 70 negara antaranya termasuk Bolivia, Mesir, Pakistan dan Afrika Selatan.

Wakil tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan organisasi antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu berkata cadangan China itu bertujuan untuk menguruskan perbezaan pendapat, membina konsensus dan menumpukan kerjasama berorientasikan tindakan.

Beliau menyeru supaya semua pihak menjunjung multilateralisme dan kolaborasi global serta mengadakan perbincangan tematik dan dialog interaktif dalam UNHRC.

Chen berkata sokongan padu harus diberikan kepada usaha Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia dalam memperkasa hak ekonomi, sosial dan budaya.

Beliau berkata hab pengetahuan mengenai hak ekonomi, sosial dan budaya yang ditubuhkan di bawah resolusi disyor China, harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberikan bantuan teknikal dan pembinaan keupayaan kepada negara-negara yang memerlukannya.

--BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan