Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Penggiat industri muzik tradisional berharap kerajaan terus memperkukuh sokongan terhadap industri seni dalam Belanjawan 2026, khususnya menerusi penyediaan geran dan dana bagi menjamin kemampanan penari, pemuzik serta bakat kreatif tempatan.
Pemain sape Anderson Kalang berkata kebanyakan penggiat muzik dan budaya tradisional bergantung sepenuhnya kepada pendapatan sendiri untuk meneruskan minat mereka, termasuk melabur dalam pakaian, aksesori, alat muzik serta memperuntukkan masa yang panjang untuk latihan, namun kurang mendapat pengiktirafan mahupun sokongan kewangan.
“Saya sendiri seorang penari. Saya mula menari menggunakan wang sendiri dan mengumpul aksesori sedikit demi sedikit. Apabila dijemput membuat persembahan, orang ramai tidak lihat pelaburan yang telah kami lakukan iaitu dari segi masa latihan dan kos pakaian.
“Begitu juga pemuzik, yang mengambil masa bertahun-tahun untuk belajar serta melabur dalam peralatan muzik yang mahal,” katanya kepada Bernama.
Kalang yang turut menjalankan perniagaan alat muzik sape berkata walaupun usaha sedemikian membantu meningkatkan kesedaran terhadap warisan budaya, sokongan kewangan daripada kerajaan masih diperlukan bagi memastikan kelangsungan penggiat seni serta memelihara seni tradisional.
Alunan sape telah bergema di rumah panjang di sepanjang sungai di pedalaman Sarawak sejak berabad lamanya, dengan irama lembut mengiringi upacara penyembuhan, penceritaan dan kesyukuran.
Kini, alat muzik tradisional berkenaan telah melangkaui fungsi asalanya, muncul sebagai lambang kebanggaan budaya dan warisan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 10 Okt ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial