AM

Wanita Maut, Tujuh Termasuk Kanak-kanak Cedera Dalam Kemalangan Di Mersing

15/09/2025 10:04 PM

MERSING, 15 Sept (Bernama) -- Seorang wanita maut manakala tujuh yang lain termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Jemaluang-Mersing berhampiran Jemaluang Dairy Valley di sini, petang tadi. 

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Rushdan Md Yusuf berkata mangsa, Aishah Hasan, 48, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan. 

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada  2.36 petang, sebelum sebuah jentera Fire Rescue Tender dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mersing digegaskan ke lokasi kejadian. 

"Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Toyota Vios yang bertembung dengan kereta Honda BRV. 

"Terdapat seorang mangsa tersepit dalam Toyota Vios dan anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Rushdan berkata mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Mersing dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis, manakala operasi tamat sepenuhnya pada 3.24 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama mengesahkan kemalangan terbabit. 

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan