KINABATANGAN, 15 Sept (Bernama) -- Seorang pesakit strok maut selepas ambulans dinaikinya bertembung dengan sebuah van berhampiran Jalan Kampung Paris 1, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt D Ravi berkata kemalangan kira-kira 9.40 pagi itu turut menyebabkan 12 individu cedera terdiri daripada pemandu ambulans, pemandu kedua, seorang doktor serta seorang jururawat berada dalam ambulans selain lapan individu menaiki van berkenaan.
Beliau berkata kesemua yang cedera kini dirawat di zon hijau Hospital Kinabatangan.
"Kejadian berlaku ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Hospital Lahad Datu ke Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu.
"Ketika melalui jalan berselekoh, sebuah van memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan ambulans,” katanya yang dihubungi Bernama.
Beliau berkata pesakit wanita itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan kemalangan berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial