KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi baginda yang ke-56, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid mendoakan agar Sultan Muhammad V dilindungi Allah SWT di dunia dan di akhirat.
“Patik dengan penuh takzim menjunjung kasih serta mendoakan agar pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa diberkati Allah SWT, berada dalam lindungan Ilahi, dikurniakan kesejahteraan berpanjangan serta dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya. Daulat Tuanku,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial