JENAYAH & MAHKAMAH

Lapan Cedera, Bot Terbalik Ketika Aktiviti Parasailing Di Langkawi

28/09/2025 06:26 PM

ALOR SETAR, 28 Sept (Bernama) -- Lapan individu dilaporkan cedera selepas sebuah bot pelancong yang dinaiki mereka terbalik ketika menjalani aktiviti parasailing di Langkawi, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Samsulmuddin Sulaiman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian bot terbalik di kawasan Pantai Tengah pada 1.15 tengah hari tadi.

“Bot berkenaan membawa enam pelancong, tiga lelaki dewasa, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki serta dua kru bot. Semasa kejadian, terdapat pelancong yang sedang melakukan aktiviti parasailing, namun berjaya diturunkan ke bawah dengan selamat.

“Kejadian dipercayai berlaku akibat angin kuat, dan kesemua mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di sekitar lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, maklumat awal menunjukkan tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius dan kesemua mereka kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan