JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Kesan Suspek Pecah Cermin Kereta Tesla, Larikan Beg Berisi Wang Tunai

27/09/2025 10:31 PM

JOHOR BAHRU, 27 Sept (Bernama) -- Polis sedang mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kejadian memecahkan cermin kereta Tesla dan melarikan beg berisi wang tunai dengan anggaran kerugian RM100,000 di Taman Perling di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya mengesan sebuah video tular di laman Facebook yang memaparkan kejadian itu, sebelum menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun pukul 1.34 tengah hari, pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 10.11 pagi, bila mangsa meletakkan kereta elektrik miliknya dalam keadaan baik (berkunci), namun, apabila mahu menggunakannya, dia mendapati cermin hadapan bahagian pemandu telah dipecahkan oleh suspek yang tidak dikenali.

“Mangsa mendakwa barang yang dilaporkan hilang ialah sebuah beg berisi sejumlah wang tunai dengan anggaran kerugian sebanyak RM100,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara menerusi talian 07-5563122.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan