AM

Polis Mohon Bantuan Kesan Lelaki Hilang Sejak 2 Sept

08/09/2025 07:48 PM

MUAR, 8 Sept (Bernama) -- Polis sedang giat mengesan seorang lelaki berusia 51 tahun yang dilaporkan hilang sejak 2 Sept lepas, selepas keluar ke bandar Muar untuk mengeluarkan wang pencen arwah bapanya.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mangsa Sabri Sipun keluar dari rumahnya di Kampung Jawa Panchor menaiki motosikal Demak 100cc berwarna hitam.

“Berdasarkan maklumat orang awam, mangsa kali terakhir dilihat menunggang motosikal di kawasan Serom, Sungai Mati menghala ke Muar kira-kira 5 petang pada 2 Sept.

“Pelbagai tindakan pencarian telah dilaksanakan oleh pihak polis bersama penduduk setempat di sekitar Kampung Panchor, Pekan Bukit Gambir dan bandar Muar, namun setakat ini mangsa masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raiz Mukhliz berkata mangsa berbadan kurus dan berwajah lonjong, kali terakhir dilihat memakai baju lengan panjang berkolar berwarna putih kelabu, seluar slek panjang berwarna coklat serta membawa beg kantung berwarna merah.

Beliau berkata laporan mengenai kehilangan itu dibuat di Balai Polis Panchor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau mengenali mangsa diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Panchor di talian 06-987 1222, Hotline IPD Muar 06-956 4800, atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Rizal Mat Nasir di talian 019-921 9769,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan