LANGKAWI, 26 Sept (Bernama) -- Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Aiman Rosli mengakui saingan merebut jersi Asia pada Le Tour de Langkawi 2025 (LTdL25) yang akan bermula Ahad ini, lebih sukar dan sengit.
Beliau yang pernah menyarung jersi itu pada edisi 2023 berkata ia berikutan kehadiran beberapa pasukan hebat seperti XDS Astana yang menampilkan perlumba profesional mereka.
Justeru, Nur Aiman berkata beliau menukar sasaran untuk sekurang-kurangnya memenangi satu daripada peringkat LTdL25.
“Tahun ini untuk pakai jersi Asia memang saya rasa susah sebab ramai pasukan hantar pelumba profesional mereka. Contohnya, XDS Astana sahaja hantar tiga orang pelumba Asia.
“Jersi Asia saya pernah pakai sebelum ini, jadi perancangan saya musim ini untuk menjuarai satu daripada peringkat LTdL,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan TSG di sini hari ini.
Dalam pada itu, juara kebangsaan berbasikal lebuh raya 2025 itu berkata bagi mencerahkan peluang tersebut beliau telah merangka strategi tersendiri.
Nur Aiman berkata beliau juga sudah mempersiapkan fizikal dan mentalnya untuk LTdL25 termasuk menyertai beberapa perlumbaan di China.
“Jadi dalam beberapa minggu lepas saya dah persiapkan diri. Saya sertai perlumbaan di China yang memang memerlukan kelajuan tinggi.
“Jadi memang dah bersedia untul LTdL kali ini baik dari segi mental mahupun fizikal,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial