AM

164 Pegawai Dan Anggota Polis Kawal Trafik Sempena LTdL 2025

23/09/2025 10:16 PM

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan 164 pegawai dan anggota bagi memastikan trafik lancar sepanjang perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 edisi ke-29, bermula 28 Sept hingga 5 Okt ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mereka akan ditempatkan di setiap laluan utama serta kawasan bandar yang terlibat dalam lapan peringkat perlumbaan.

Beliau berkata penutupan jalan secara sementara dan berperingkat akan dilaksanakan di semua laluan utama selain lencongan jalan dengan bantuan papan tanda serta polis trafik.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Orang ramai yang ingin menyaksikan perlumbaan diminta untuk sentiasa mematuhi arahan petugas keselamatan dan tidak berada terlalu dekat dengan laluan perlumbaan bagi mengelakkan risiko kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata perlumbaan bermula di Langkawi, Kedah dan berakhir di Menara Berkembar Petronas di sini, melibatkan 132 pelumba daripada 22 pasukan merentasi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

JSPT turut menyeru masyarakat agar memberikan kerjasama padu bagi memastikan kelancaran acara sukan bertaraf antarabangsa itu.

Berikut senarai laluan rasmi perlumbaan: 

 

Peringkat 1

Tarikh: 28 Sept

Laluan: Langkawi (Padang Mat Sirat)

 

Peringkat 2

Tarikh: 29 Sept

Laluan: Padang Besar-Kepala Batas

 

Peringkat 3

Tarikh: 30 Sept

Laluan: Gerik-Pasir Puteh

 

Peringkat 4

Tarikh: 1 Okt

Laluan: Kuala Terengganu-Kemaman

 

Peringkat 5

Tarikh: 2 Okt

Laluan: Temerloh-Bukit Fraser

 

Peringkat 6

Tarikh: 3 Okt

Laluan: Shah Alam-Port Dickson

 

Peringkat 7

Tarikh: 4 Okt

Laluan: Melaka-Medini (Johor)

 

Peringkat 8

Tarikh: 5 Okt

Laluan: Tangkak-Kuala Lumpur (Menara Berkembar Petronas)

 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan