AM

Perlis Laksana Kajian Caj Ke Thailand Melalui ICQs Padang Besar, Wang Kelian

24/09/2025 08:08 PM

KANGAR, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan Perlis sedang melaksanakan kajian terperinci mengenai cadangan mengenakan caj negeri antara RM2 atau RM5 kepada pelancong yang keluar melalui pintu sempadan negara daripada Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar dan Wang Kelian ke Thailand.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata kajian itu diperlukan sebelum sebarang permohonan rasmi dibuat kepada Pusat.

Beliau berkata sekiranya diluluskan kerajaan Persekutuan, langkah itu akan menjana pendapatan kepada kerajaan negeri yang antara lain boleh digunakan untuk menambah baik prasarana di Perlis.

“Ini masih dalam kajian, mudah-mudahan ada kelulusan (daripada kerajaan Persekutuan),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan