JENAYAH & MAHKAMAH

Dua Maut Van Keluar Pusingan-P Dilanggar Pacuan Empat Roda

26/09/2025 10:17 PM

SIBU, 26 Sept (Bernama) -- Polis mengesahkan kemalangan di Kilometer 52, Jalan Sri Aman-Sarikei yang mengorbankan dua mangsa dan mencederakan 11 yang lain hari ini, berpunca daripada sebuah van yang keluar dari Pusingan-P dilanggar kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Sri Aman Superintenden Dennis Bunyam berkata akibat kemalangan itu, dua penumpang van masing-masing berumur 48 dan 42 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata kemalangan yang berlaku pada 12.07 tengah hari itu melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Toyota Land Cruiser dengan lima penumpang dan sebuah van membawa lapan penumpang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu van sedang keluar dari Pusingan-P dilanggar Toyota Land Cruiser dari arah Betong menuju Kuching, manakala van itu dari arah Kuching,” katanya dalam kenyataan media yang dikongsikan kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp malam ini.

Tanpa memberikan butiran lanjut, pemandu serta penumpang kedua-dua kenderaan yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Sri Aman dan Hospital Betong.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan