BEIJING, 24 Sept (Bernama-CMG) -- Aktiviti “UN@80 Campaign with China” dan Pameran Visual Belia Global “Satu Dunia: Masa Depan Dikongsi Bersama” dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung di Beijing pada Selasa.
Acara berkenaan dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di China bertepatan dengan ulang tahun ke-80 penubuhan PBB.
Presiden CMG Shen Haixiong menerusi ucapan video berkata sepanjang 80 tahun lepas, PBB telah membuat sumbangan yang tidak ternilai untuk memelihara kedamaian dunia, memacu pembangunan sejagat dan meningkatkan dialog sesama tamadun.
Beliau berkata selaku rakan media penting bagi PBB, CMG komited menyampaikan suara PBB kepada dunia, menghebahkan proses tadbir urus global serta membina jambatan komunikasi antara China dengan dunia.
Pada Julai, Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) di bawah CMG melancarkan aktiviti untuk mengumpul karya visual belia global sempena ulang tahun ke-80 PBB, dan menerima sebanyak 56,000 karya dari 51 negara.
Antaranya, 35 karya terpilih telah dipertontonkan pada majlis pelancaran pameran visual berkenaan.
Selain itu, siri dokumentari terbitan CGTN antaranya “UN Champion of Nation” dan “The United Nations at 80” turut dilancarkan sempena acara itu.
Dokumentari berkenaan menumpukan kepada peranan PBB dalam pembangunan global serta sumbangan diberikan China, amalan China dalam memacu transformasi hijau, interaksi dan saling belajar sesama tamadun dan lain-lain.
– BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial