WASHINGTON, 24 Sept (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyifatkan mesyuarat pelbagai hala yang diadakan pada Selasa bersama pemimpin beberapa negara majoriti Islam berhubung Gaza sebagai “sangat berjaya”, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Kami mengadakan mesyuarat yang sangat baik mengenai Gaza,” kata Trump kepada pemberita ketika meninggalkan acara itu.
“Ia adalah mesyuarat yang sangat berjaya dengan semua pemain utama, kecuali Israel, tetapi itu akan menyusul. Saya fikir kami boleh mencari jalan penyelesaian berhubung Gaza, namun ia memang satu mesyuarat yang baik dengan pemimpin hebat,” katanya.
Tiada maklumat lanjut mengenai hasil mesyuarat tertutup itu diberikan oleh pegawai.
Rumah Putih sebelum ini memaklumkan bahawa Turkiye, Qatar, Arab Saudi, Indonesia, Pakistan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan diwakili pada mesyuarat peringkat pemimpin itu, namun tidak memberikan butiran tambahan.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial