EKONOMI

Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada MClean Technologies

18/09/2025 01:42 PM

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan berhubung aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada MClean Technologies Bhd berikutan kenaikan mendadak harga dan jumlah dagangan sahamnya pagi ini.

Selepas dibuka pada harga 47.5 sen pagi ini, saham syarikat itu meningkat sebanyak 13.97 peratus kepada paras tertinggi 53.0 sen daripada 46.5 sen ketika ditutup semalam.

Dalam satu kenyataan, bursa itu menasihatkan para pelabur untuk memberi perhatian kepada jawapan syarikat terhadap pertanyaan berkenaan yang akan disiarkan di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat sebelum membuat keputusan.

MClean Technologies merupakan syarikat pegangan pelaburan yang menyediakan perkhidmatan rawatan permukaan, pembersihan berketepatan dan pembungkusan produk merangkumi pemacu cakera keras dan elektronik pengguna hinggalah kepada industri minyak dan gas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan