EKONOMI

Sunsuria Mohon Sedia Program ICP Sukuk Wakalah Bernilai RM500 Juta

17/09/2025 07:25 PM

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Sunsuria Bhd telah membuat permohonan dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mewujudkan program kertas komersial Islam (ICP) sehingga RM500 juta dalam nilai nominal.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata program itu memberi kelonggaran kepada kumpulan untuk menerbitkan sukuk wakalah bercagar dan/atau tidak bercagar, berkadar dan/atau tidak berkadar dari semasa ke semasa, tertakluk kepada jumlah nominal tertunggak agregat tidak melebihi RM500 juta. Permohonan dibuat mengikut peraturan dan rangka kerja pelancaran SC.

Program ICP telah diberi penarafan awal MARC-1IS oleh MARC Ratings Bhd.

Sunsuria berkata hasil yang diperoleh akan digunakan untuk membiayai modal kerja, perbelanjaan modal dan tujuan am korporat, dan untuk membayar balik serta membiayai semula pinjaman sedia ada, pembiayaan patuh syariah, terbitan sukuk masa hadapan, dan kos penubuhan berkaitan. 

“Semua hasil yang dikumpul pada setiap masa akan digunakan untuk tujuan patuh syariah,” tambahnya.

Hong Leong Investment Bank Bhd ialah penasihat utama, pengatur utama, pengurus utama dan ejen kemudahan untuk program tersebut. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan