SUKAN

SIPMA 2025: Jonah Pecah Rekod Kebangsaan Lontar Peluru

07/09/2025 01:13 AM

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Atlet lontar peluru lelaki negara Jonah Chang Rigan menyuntik motivasi diri menjelang penyertaan ke Sukan SEA 2025 Thailand, Disember ini, selepas berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya hari ini.

Menurut Facebook Olahraga Malaysia (MA), pada Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2025 di Johor Bahru, atlet berusia 22 tahun mewakili Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) itu melakukan lontaran sejauh 18.66 meter (m) sekali gus memadam rekod 18.46m dilakukannya pada Kejohanan Super Siri Olahraga Terbuka Pahang tahun lepas. 

Lontaran itu mengetepikan Earl Isaac Mitzler Fredolin yang mewakili Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di tempat kedua dengan lontaran sejauh 15.39m, sementara Nathanial Majid yang turut mewakili MASUM (15.14m) di tempat ketiga.

Jonah yang sudah mengesahkan tiket ke Thailand, sebelum ini dilapor menyasarkan membawa pulang pingat buat negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan