Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh momentum kukuh berterusan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun tinggi pada Selasa, disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan berikutan cuaca buruk di negara pengeluar utama, Thailand.
“Agensi meteorologi Thailand memberi amaran mengenai hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat dari 25 hingga 27 Ogos, 2025.
“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah dan pengumuman tarif terbaru oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat 9.5 sen kepada 751.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 4.5 sen kepada 571 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial