KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Australia mengalu-alukan peranan penting Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN termasuk dalam mengendalikan konflik Myanmar, usaha gencatan senjata Kemboja-Thailand serta proses kemasukan Timor-Leste sebagai anggota baharu blok serantau itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disampaikan kepada beliau ketika menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia Richard Marles hari ini.
“Malaysia turut menyambut baik hasrat Kerajaan Australia untuk mengiktiraf negara Palestin pada Sesi Ke-80 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September kelak,” katanya menerusi hantaran Facebook.
Anwar berkata kunjungan hormat itu adalah sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak 1957.
Beliau berkata pertemuan itu membuka ruang pertukaran pandangan untuk mempererat kerjasama strategik dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, pertahanan serta keselamatan serantau.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial