KOTA BHARU, 21 Ogos (Bernama) -- Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ganja mampat seberat 207 kilogram bernilai lebih RM600,000 di kawasan Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand hari ini.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan kegiatan itu dikesan pada 12.45 tengah hari, ketika pasukan rondaan di bawah tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia terserempak dengan empat lelaki yang sedang memindahkan barang dari sebuah bot ke tebing sungai di sebelah Malaysia.
“Menyedari kehadiran pasukan operasi, semua lelaki terbabit melarikan diri ke tebing Thailand dan meninggalkan barangan itu.
“Pemeriksaan menemukan empat kotak ganja mampat seberat 207 kilogram dianggar bernilai RM641,700,” menurut Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam kenyataan.
Semua barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial