KEPALA BATAS, 9 Okt (Bernama) -- Mayat lelaki ditemukan terapung di tali air berhampiran Lahar Ikan Mati, di sini hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Lutfi Abdullah, 54, dijumpai dalam keadaan masih lengkap berpakaian, namun fizikalnya didapati telah mula mengembung.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.05 tengah hari daripada pihak polis yang memohon bantuan bagi mengangkat mayat berkenaan.
“Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bersama-sama sebuah jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, komander terlebih dahulu melakukan penilaian awal sebelum membawa naik mayat dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap sepanjang proses tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
John berkata mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial