Tiga Warga Indonesia Maut, Tiga Cedera Parah Kemalangan Di Lahad Datu

09/10/2025 10:58 PM

LAHAD DATU, 9 Okt (Bernama) -- Tiga warganegara Indonesia maut manakala tiga lagi cedera parah, selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Batu 18, Jalan Sandau di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata mangsa yang maut, terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berumur antara 36 hingga 41 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.05 petang melalui talian MERS999 dan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 31 kilometer dari pusat bandar.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit, terdapat dua wanita serta seorang lelaki juga warganegara Indonesia berumur antara 40 hingga 46 cedera parah dan dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sumsoa berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 5.27 petang, setelah memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan