Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen
JOHOR BAHRU, 7 Okt (Bernama) -- Mayat seorang pemancing yang dikhuatiri lemas selepas bot fiber dinaiki terbalik di perairan Selat Johor berdekatan Kampung Tebing Runtuh, di Iskandar Puteri semalam ditemukan tengah hari tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Saifulizam Salleh berkata mayat lelaki berusia 43 tahun itu ditemukan oleh nelayan pada 12.55 tengah hari.
“Mayat ditemukan pada jarak 100 meter dari tebing dan dibawa ke darat oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO),” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Semalam, Saifulizam berkata bot dinaiki mangsa bersama seorang lagi lelaki berusia 43 tahun terbalik dalam jarak 150 hingga 200 meter dari tebing.
Bagaimanapun, rakan mangsa terselamat selepas berenang ke rumah rakit berdekatan dan dibantu nelayan tempatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial