Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Belanjawan 2026 Bakal Buka Lembaran Baharu, Perkukuh Ekonomi Negara – Ahmad Zahid

10/10/2025 11:59 AM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata menerusi Belanjawan 2025, peruntukan sebanyak RM11.96 bilion yang diterima kementerian sebelum ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasakan agenda Desa MADANI.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Kerajaan MADANI atas sokongan padu yang telah diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKDW) melalui Belanjawan 2025.

Ad Banner
Ad Banner

“Setiap sen peruntukan itu diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif nyata yang memajukan komuniti desa, memperkukuh ekonomi rakyat dan menambah baik infrastruktur luar bandar,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid berkata KKDW akan terus komited melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dalam memastikan setiap dasar dan program kerajaan memberikan manfaat langsung kepada rakyat di seluruh pelosok negara,” katanya.

Ahmad Zahid dalam masa sama mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama mengikuti pembentangan Belanjawan 2026.

Ad Banner

“Didoakan agar Belanjawan 2026 terus membawa kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia, insya-Allah,” katanya.

Anwar akan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini.

Belanjawan ini merupakan kali keempat dibentangkan oleh Kerajaan MADANI pimpinan beliau, dan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 sekali gus menjadi asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan