Salah Guna Kuasa: Penolong Pegawai Perubatan Kanan Di Labuan Ditahan Reman

24/07/2025 08:14 PM

LABUAN, 24 Julai (Bernama) -- Seorang penolong pegawai perubatan kanan ditahan reman selama empat hari hingga 28 Julai ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyalahgunakan kedudukan untuk menganugerahkan kerja-kerja berkaitan logistik kepada syarikat milik isterinya.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad mengeluarkan perintah itu hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek lelaki yang berusia lingkungan 50-an telah ditahan di Pejabat SPRM Labuan pada 5.40 petang semalam ketika hadir untuk memberi keterangan.

Dia dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan di tempat kerjanya pada 2023 dan 2024 bagi mendapatkan kontrak bernilai RM20,000 untuk syarikat milik isterinya.

Menerusi kenyataan hari ini, Pengarah SPRM Labuan Muhammat Azis Malmod berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan