SPRM Tahan Anggota SMART Disyaki Terima Rasuah RM5,000 

06/05/2025 05:24 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) selepas disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM5,000.

Menurut sumber, lelaki itu dipercayai meminta dan menerima wang suapan sebagai balasan memperakukan kerja-kerja pembekalan kayu masak bagi tujuan latihan ‘shoring’ sekitar Februari tahun ini.

“Suspek berusia sekitar 40-an itu ditahan kira-kira 11 malam semalam di sebuah lokasi di Selangor,” katanya.

Sumber itu berkata perintah reman selama lima hari hingga 10 Mei ini ke atas anggota terbabit telah dikeluarkan Penolong Pendaftar Aina Syakinah Aminuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, dengan siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan