DUNIA > BERITA

Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan Mulakan Proses Ganti Calon Presiden

10/05/2025 06:18 PM

SEOUL, 10 Mei (Bernama-Yonhap) -- Parti konservatif Korea Selatan, Parti Kuasa Rakyat (PPP), memulakan proses yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk menggantikan calon presidennya susulan kegagalan rundingan bagi menyatukan pencalonan antara Kim Moon Soo dan bekas Perdana Menteri Kim Moon Soo.

Langkah itu diambil berikutan kebimbangan bahawa kegagalan menyatukan barisan konservatif boleh menjejaskan peluang parti itu dalam pilihan raya presiden pada 3 Jun, lapor agensi berita Yonhap.

Sebaik sahaja keputusan dimuktamadkan, semua ahli PPP perlu mengundi hasil keputusan tersebut.

Calon akhir dijangka diumumkan pada mesyuarat jawatankuasa kebangsaan parti itu pada Ahad - tarikh akhir bagi pendaftaran calon presiden dengan suruhanjaya pilihan raya negara.

Pada Sabtu, parti itu mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecemasan dan pengurusan pilihan raya untuk membincangkan keputusan utama, termasuk kemungkinan pembatalan pencalonan Kim, keanggotaan Han dalam parti, dan perkara berkaitan lain.

Lee Jae Myung, calon Parti Demokrat (DP), terus mendahului dalam beberapa tinjauan pendapat terkini.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan